Dwayne Johnson Sahkan Dia Takkan Muncul Dalam 'Fast & Furious 9'


Pelakon Dwayne Johnson mendedahkan bahawa wataknya, Hobbs tidak akan muncul dalam filem Fast & Furious 9. Hobbs menjadi antara watak yang penting di dalam siri francais Fast & Furious bermula daripada Fast Five. Malah, dengan munculnya watak ini, tona filem Fast & Furious berubah dari street car racing movie kepada heist movie!


Sebelum ini, semasa penggambaran The Fate of the Furious a.k.a Fast and Furious 8, umum mengetahui bahawa pelakon ini tidak sekepala dengan Vin Diesel. Malah, pelakon Vin Diesel juga tidak bersetuju dengan spin off Hobbs & Shaw yang bakal tayang sehinggakan babak post credit yang membuka ruang untuk filem itu dipadam dari filem Fate of the Furious.

Dalam satu temubual bersama MTV News, Dwayne Johnson mendedahkan bahawa dia tidak akan muncul dalam Fast & Furious 9 kerana masalah jadual. Penggambaran filem Fast & Furious 9 sudah bersedia memulakan penggambaran, namun, Dwayne Johnson kelihatan sedang bersedia untuk mempromosikan filem Hobbs & Shaw.
The plan has always been for the Fast and Furious universe to grow and expand. As of now, we’re not in Fast 9 because they’re getting ready to start shooting. But who knows with Fast 10 and down the road, you never know. Because look, at the end of the day, the truth is, there’s unfinished business between Hobbs and Dom. It’s unfinished.
Pelakon itu mendedahkan bahawa dia mungkin akan terlibat dengan Fast & Furious 10, namun tidak memberi kata putus sama ada dia akan terus bersama francais itu atau tidak. Namun, buat masa ini, para peminat sudah tidak sabar untuk menonton gandingan Dwayne Johnson dan Jason Statham dalam spin off francais Fast & Furious Hobbs & Shaw! 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan