TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Awie Kecewa Bonus 'Hantu Kak Limah' Ciput, Takkan Berlakon Francais Itu Lagi Selepas Ini


Pelakon utama filem Hantu Kak Limah menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap jumlah bonus yang diterima oleh pelakon filem tersebut walaupun filem tersebut memperoleh kutipan sebanyak RM38 juta. Awie berkata jumlah yang diterima tidak setimpal dengan usaha pelakon berkenaan dan juga kru belakang tabir filem berkenaan.


Bercakap kepada Harian Metro di sidang media Dinner GIG FUFC The Fighters, dia menyatakan bahawa sudah serik untuk bekerja di bawah penerbit Infinitus Gold di masa akan datang.
“Berapa jumlah diterima, saya nak cakap pun malu. Tapi, kalau saya yang pelakon utama pun dapat ‘ciput’, berapa agaknya kru dapat? Bukan tidak bersyukur tetapi saya berasakan perkara ini tak patut berlaku. Sejujurnya, saya terkilan begitu juga dengan kru. Cuma mereka tak bersuara. Saya saja yang berani bercakap perkara ini sebab saya nak bela nasib anak seni. Ia bukan untuk saya saja, tetapi untuk semua. Biar umum tahu yang mana inilah situasi sebenar yang berlaku dalam industri perfileman negara. Malah, ini juga yang bakal dilalui artis lain pada masa akan datang jika perkara sebegini tidak ada penyelesaian terbaik.
Awie turut menyatakan bahawa dia tidak akan berlakon dalam francais itu lagi jika ianya diterbitkan oleh penerbit yang sama di masa hadapan. Dia juga tidak kisah jika watak Husin dimatikan.
Saya dengan Abang Mamat Khalid okey saja. Cuma, kalau filem ini ada sambungan daripada penerbit sama, saya takkan berlakon. Tak kisah kalau mereka nak matikan watak Husin itu. Ini adalah pertama dan terakhir saya bekerja dengan mereka. Jika selepas ini mereka nak tutup periuk nasi saya, silakan. Saya percaya kepada rezeki Allah dan banyak lagi penerbit yang nak bekerjasama dengan saya. Persoalannya sekarang, adakah bonus yang diberi kepada semua pelakon dan kru nilai yang selayaknya diterima jika mahu dibandingkan dengan kutipan puluhan juta yang diperoleh? Ini tak sepatutnya berlaku dalam industri. Apa salahnya balas dengan jumlah yang berbaloi.
Turut dikongsikan juga bahawa bonus yang diterima semasa filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dahulunya hanya mengutip RM8 juta adalah sama dengan amaun bonus yang diterimanya sekarang walaupun filem Hantu Kak Limah mendapat kutipan yang lebih tinggi.
Pelik juga sebab masa filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, saya dapat bonus yang sama macam diterima untuk filem Hantu Kak Limah ini. Sedangkan, HKL kutipan lebih tinggi. Malah, saya dapat tahu produksi filem lain yang kutipan kurang daripada HKL masih boleh beri bonus yang banyak kepada pelakon dan kru mereka. Tapi tak apa lah, benda sudah jadi. Saya reda dan terima saja.
Filem Hantu Kak Limah turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Delimawati, Ropie dan ZUl Ariffin. Kutipan filem itu merupakan kutipan tertinggi dalam sejarah filem Malaysia sebelum ianya dipintas oleh kutipan filem Munafik 2 sebulan selepas itu. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]