Aamir Khan Tindik Hidung Dan Telinga Demi Jayakan Watak Dalam 'Thugs of Hindostan'

Pelakon Aamir Khan nampaknya bakal tampil dengan watak yang lebih mencabar apabila memegang watak sebagai Firangi dalam filem Thugs of Hindostan. Aamir Khan sememangnya dikenali dengan kegigihannya untuk membentuk dirinya menjadi watak yang diingini.


Jika dalam filem Dangal, Aamir Khan menggemukkan badannya sendiri, maka dalam filem Thugs of Hindostan, Aamir Khan benar-benar menindik telinga dan hidungnya untuk menjayakan wataknya.

Perkara ini dijelaskan dalam sebuah video di sebalik tabir filem Thugs of Hindostan yang baru sahaja dimuat naik. Video yang sudah dimuat naik semenjak bulan Oktober lalu merupakan siri-siri mini di sebalik tabir pembikinan filem Thugs of Hindostan:


Thugs of Hindostan merupakan gandingan pertama Aamir Khan dan Amitabh Bachchan. Filem ini juga menggandingkan pelakon hebat seperti Katrina Kaif, Fatima Sana Saikh dan Lloyd Owen. Filem ini diadaptasi dari novel Confession of a Thug tulisan Philip Meadows Taylor dan bakal memaparkan sekumpulan lanun yang cuba untuk membebaskan india dari penjajahan British.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan