Hannah Delisha Layan Gamelan Untuk Jiwai Watak Suri Dalam Filem 'Langsuir'


Langsuir arahan Osman Ali kini sudah mula ditayangkan di pawagam. Filem bergenre romantik seram itu mengetengahkan pelakon seperti Syafiq Kyle dan Hannah Delisha yang sebelum ini pernah bergandingan dalam sebuah drama televisyen, Mencintaimu Mr. Photographer.


Dalam sebuah temubual bersama HLive! Hannah mendedahkan bahawa muzik gamelan banyak membantunya untuk menjiwai watak Suri dalam filem tersebut. Dia mendedahkan bahawa kajian dilakukannya termasuklah mendengar banyak lagu Jawa dan lagu gamelan yang sebati dengan watak Suri.
Cara saya menjiwai watak ini adalah saya banyak mendengar lagu-lagu Jawa, dengar lagu-lagu gamelan kerana dalam dunia realiti, 'mereka' tertarik dengan instrumental yang mempunyai bunyi berdengung.  Sebab itu saya mendengar muzik sebegitu untuk mengingatkan diri sendiri yang lagu-lagu tersebut menjadi kegemaran Suri.
Langsuir mengisahkan kisah cinta romantik antara manusia dan langsuir yang unik. Filem ini sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 20 September 2018


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan