TRENDING

Ulasan Filem: V (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Warner Bros Dan DC Rancang Untuk Bikin Filem Berkaitan 'Supergirl'

Warner Bros dan DC Entertainment kini dalam perancangan untuk memasukkan watak Supergirl dalam dunia cinematic universe mereka. Sebuah filem berdasarkan watak itu dilaporkan berada dalam fasa penulisan skrip oleh Oren Uziel. Skrip filem ini berada dalam pembikinan draf pertama dan cuba disiapkan secepat mungkin.


Oren Uziel sebelum ini terlibat menulis skrip filem The Cloverfield Paradox dan juga filem Sonic the Hedgehog yang akan datang. Malah, penulis skrip ini juga pernah menulis skrip filem 22 Jump Street.

Maklumat berkenaan filem ini masih lagi belum diketahui sepenuhnya. Namun, adalah amat menarik untuk melihat bagaimana Supergirl boleh disesuaikan dengan dunia DC yang kini sudah berkembang dengan gahnya walaupun sedikit lambat dari MCU. Supergirl mungkin akan memakan sedikit masa untuk memasuki dunia filem DC namun mungkin akan menjadi antara watak yang ditunggu.

Supergirl kini ialah sebuah siri tv yang mana disiarkan di CBS dan sudah diterbitkan dalam empat musim. Sudah lama Supergirl tidak diterbitkan dalam bentuk filem selepas filem pertamanya yang diterbitkan pada tahun 1984 dahulu.

Comments

Menarik!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

10 Ayat Pendiding Yang Digunakan Dalam Filem 'Munafik 2' [SEBARKAN]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]