TRENDING

Ulasan Filem: Time To Hunt (2020)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Mamat Khalid Bakal Sambung Kisah 'Hantu Kak Limah' Dalam Sekuel Seterusnya


Filem Hantu Kak Limah sudah masuk minggu kedua tayangan dan masih lagi mencatat fenomena yang tersendiri. Menguti sebanyak RM13.6 juta pada minggu pertama semenjak tayangan bermula 9 Ogos, Mamat Khalid kini menyatakan bahawa filem sekuel keempat kini dalam proses perbincangan bersama Astro Shaw dan Infinitus.

Perkara ini disahkan oleh Mamat Khalid ketika temubual bersama Berita Harian. 


Kami menerima maklum balas memberangsangkan daripada mereka yang menonton Hantu Kak Limah dengan rata-rata meminta ia disambung lagi. Semuanya masih dalam perbincangan dan kita belum dapat memutuskan apa-apa ketika ini berikutan filem berkenaan juga sedang ditayangkan. Ramai yang mahu watak Kak Limah muncul semula andai susulannya direalisasikan, namun sama ada ia dilakukan dalam babak imbas semula atau filem prekuel, kita tunggu saja nanti.
Menurut Mamat Khalid, plot filem sekuel seterusnya perlu diteliti sebaik mungkin bagi memastikan kualiti dan juga persembahan yang terbaik.
Siri Kampung Pisang ini digemari disebabkan ia sangat dekat dengan semua lapisan masyarakat. Jadi, sudah tentu paparan kisah untuk filem seterusnya takkan lari daripada tema sama. Cuma bezanya adalah dari segi kejutan yang akan diselitkan.
Filem ketiga dalam siri Hantu Kak Limah dan juga Kampung Pisang ini kini sedang ditayangkan di 146 pawagam termasuk Singapura dan Brunei. Filem ini kini menerima reaksi yang positif berikutan dengan kualiti penceritaannya dan juga komedi yang luar biasa dari pengarah Mamat Khalid. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)

Aamir Khan Tunaikan Hajat Ibu Nak Jejak Kaki Ke Makkah

Adegan Merokok Dalam 'Hantu Kak Limah' Cacatkan Filem?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Zero (2018)

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)