Iflix Bagi Amaran Bagi Penonton 'KL Gangster: Underworld' Melalui Cara Haram



KL Gangster: Underworld kini sudah ditayangkan di Iflix secara percuma. Siri yang mempunyai enam episod itu ialah spin-off kepada filem KL Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof yang pernah box-office suatu ketika dulu. Siri ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan diberikan secara percuma kepada penonton.


Penonton hanya perlu install aplikasi Iflix dan menonton siri terserbut selepas Log in menggunakan akaun Facebook. Tiada permintaan untuk maklumat kad kredit sekaligus membuktikan yang siri ini boleh diakses secara percuma.

Namun, masih ada juga yang malas dan menggunakan cara yang salah untuk menonton siri ini. Ada yang menggunakan link FB Live dan juga download di telegram untuk menonton. Pelakon siri ini, Beto Khusyairi meluahkan kekecewaaannya di laman Twitter.



Pelakon Adibah Noor juga turut menjawab persoalan Beto Khusairy dalam satu tweet balas berikut.

Respon pelakon tersebut juga turut mendapat reaksi daripada Twitter rasmi Iflix Malaysia sendiri yang mana meminta semua penonton melaporkan aktiviti ini kepada mereka untuk tindakan selanjutnya.


KL Gangster: Underworld sudah mula ditayangkan secara percuma, diulang, percuma di platform Iflix mulai 16 Ogos yang lepas. Jadi, ambillah masa untuk support karya tempatan dengan menonton siri ini di platform yang sah. KL Gangster: Underworld tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak di bawah 18 tahun.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan