Kronologi Kisah Cinta Hollywood Pasangan Angelina Jolie Dan Brad Pitt


Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt ialah pasangan yang hangat diperkatakan pada suatu masa dulu. Jom ketahui kronologi kisah percintaan mereka dari awal hinggalah ke fasa penceraian mereka secara ringkas. 



KRONOLOGI KISAH CINTA BRAD PITT DAN ANGELINA JOLIE 

Kisah hubungan percintaan Brad Pitt bermula ketika penggambaran Mr. and Mrs Smith (2005) sekitar musim panas 2004. Pada masa itu, Brad Pitt masih menjadi suami kepada Jennifer Anniston. Selepas khabar angin kisah cinta mereka tersebar, Brad Pitt sudah tidak bersama dengan Jennifer Aniston dan mengemudi cinta barunya. Jennifer Aniston lalu failkan kes cerai pada Mac 2005. 

Pada Januari 2006, anak pertama hasil hubungan tanpa nikah pertama mereka dilahirkan. Bayi dalam kandungan ini dikesan selepas 3 bulan penceraian Brad Pitt dan Jennifer Aniston diputuskan mahkamah. (Entah-entah, tu anak Jennifer Aniston) Ketika ini juga, mahkamah membenarkan pertukaran hak jagaan anak Brad Pitt iaitu Maddox dan Zahara kepada Angelina Jolie. Lalu, anak pertama hubungan mereka yang dinamakan Shiloh Jolie-Pitt dilahirkan pada Mai 2006. 

Pada Oktober 2006, Brad Pitt sahkan yang mereka masih belum bernikah secara sah. Maka, Shiloh ni kira anak luar nikah diorang lah. Pada Mac 2007, Angelina Jolie ambil anak angkat Vietnam bernama Pax. 

Pada Februari 2008, Angelina Jolie dikesan hadir ke majlis penganugerahan dengan 'baby bump'. Kali ini, Angelina Jolie dijangka akan lahirkan bayi kembar.

   

Knox Leon dan Vivienne Marcheline lalu dilahirkan pada Julai 2008. Menjadikan anak luar nikah diorang tiga semuanya. 

Pada November 2010, hubungan mereka dikatakan sudah diikat dengan tali perkahwinan. Hal ini kerana rakan mereka, Jonny Depp merujuk pasangan itu sebagai suami isteri dalam satu temu ramah. Namun, hubungan mereka sah bertunang pada April 2012. Angelina Jolie dihadiahkan cincin bernilai USD 1 juta. Dan kemudiannya, pada April 2014, barulah mereka berkahwin. 

Keenam-enam anak mereka terlibat dalam perkahwinan yang berlangsung di Chateau Miraval di Perancis. Hubungan mereka tak lama. Angelina Jolie memfailkan penceraian pada Ogos 2016 selepas 2 tahun perkahwinan. 

FASA SELEPAS PENCERAIAN ANGELINA JOLIE DAN BRAD PITT 

Angelina Jolie memfailkan penceraian terhadap Brad Pitt pada September 2016. Dia menuntut hak jagaan kesemua enam orang anak daripada Brad Pitt. Brad Pitt dibenarkan melawat anak mereka. Pada fasa penceraian kali ini, Brad Pitt menyatakan bahawa cinta mereka kini bukan perkara utama sebaliknya anak mereka yang harus diutamakan. Walaupun sedih, dia redho. (padan muka. Mesti Jennifer Aniston gembira! Kah3) 

Banyak sumber mendedahkan penceraian ini berlaku disebabkan masalah menjaga anak-anak mereka. Mereka tidak sependapat dalam menjaga anak dan pergaduhan berlaku. Malah, Brad Pitt juga dilaporkan melakukan kekasaran dan penderaan terhadap salah seorang anak mereka, Maddox. Namun, khabar angin ini dikatakan tidak benar dan tidak ada bukti sahih. FBI dan LAPD menyiasat perihal ini sepanjang tempoh penceraian mereka. 

Selepas bercerai pada 19 September 2016, Brad Pitt berjumpa anak-anak buat pertama kalinya selepas cerai pada 8 Oktober 2016. Maddox tidak mahu bertemu Brad Pitt ketika itu. Namun, Maddox berjaya dipujuk untuk bertemu ayahnya pada 20 Oktober 2016. 

Angelina Jolie dan Brad Pitt sepakat menjual rumah mereka iaitu Chateau Miraval, lokasi yang menjadi saksi pernikahan mereka. Pada 22 November 2016, kes penderaan anak Brad Pitt akhirnya digugurkan. Brad Pitt dilaporkan terkinja-kinja beruk nak kembali kepada bekas isterinya, Jennifer Aniston. Dia cuba mendapatkan nombor telefon pelakon itu dan menghubunginya pada malam harijadi pelakon itu pada Februari 2017. 

Sekitar Mei 2017, Angelina Jolie dilaporkan nak fikir sekali lagi tentang penceraian ini. Namun, buat masa ni mereka masih lagi berpisah.

Catat Ulasan

0 Ulasan