Kevin Feige Dedahkan Kenapa Avengers Asal Terselamat Dalam Tragedi 'Infinity War'


Kevin Feige mendedahkan kenapa kesemua Avengers yang asal terselamat daripada petikan jari Thanos dalam filem Avengers: Infinity War. Filem crossover Marvel, Infinity War sememangnya berbeza daripada filem-filem Marvel Cinematic Universe kerana menyaksikan watak antagonis filem tersebut berjaya dalam misinya.


Lalu, disebabkan itu, superhero kita mati dan separuh daripada alam semesta kini lenyap. Dan sememangnya, selebihnya akan diceritakan dalam filem Avengers 4 yang bakal ditayangkan pada tahun 2019.

Karakter yang mati kerana petikan jari Thanos ialah Spider-man, Black Panther dan kebanyakan watak Guardians of the Galaxy, dan juga beberapa watak francais MCU yang tiada dalam fasa 1 siri filem MCU. Watak asal dari filem MCU seperti Iron Man, Captain America dan Thor masih lagi terselamat.

Kevin Feige mendedahkan bahawa ianya bukanlah satu kebetulan apabila kebanyakan watak superhero dari Fasa 1 MCU terselamat. Ianya sememangnya sudah dirancang. Dalam satu temubual bersama io9, Feige menyentuh tentang perkara ini:
I think for a film series that is going on 10 years and is gearing towards a conclusion with Avengers 4, which you don’t usually have in these kind of movies, you can sort of do the math. And realize it’s the original Avengers that are left.
Sememangnya peminat sudah dapat mengagak bahawa Infinity War dan Avengers 4 sememangnya siri filem yang menutup buku lama dan membuka buku baru. Dan sememangnya masuk akal apabila enam watak supehero asal MCU terselemat sebagai meraikan watak mereka sebelum mereka berundur dan memberikan ruang kepada superhero baru. 

Sudah pasti, Iron Man, Captain America dan rakan-rakan akan mendapat bantuan daripada Rocket, Ant-man dan Captain Marvel. Namun, fokus mungkin akan dilebihkan kepada superhero yang mana menjadi pengasas kepada dunia MCU yang mana mencetuskan apa yang kita lihat pada hari ini. 

Dengan kontrak pelakon yang hampir tamat dan juga fasa memperkenalkan superhero baru yang sudah tiba, semestinya memberi salam terakhir untuk watak yang direkrut Nick Fury ini semestinya satu yang perlu dilakukan untuk peminat yang menonton MCU semenjak 10 tahun. 

Catat Ulasan

0 Ulasan