Adaptasi Filem 'Call of Duty' Bakal Lari Dari Format Adaptasi Filem Permainan Video Biasa


Permainan video popular, Call of Duty kini dalam perancangan untuk dijadikan filem. Walaupun maklumat berkenaan pembangunan filem ini masih lagi sedikit, ramai yang menyangkakan bahawa adaptasi ini akan terarah kepada gaya Infinity War.


Pengarah filem Sicario: Day of the SOldado, Stefano Sollima baru-baru ini bercakap kepada SlashFilm tentang projek terbarunya termasuklah filem Call of Duty. Menurut Sollima, projek ini bukanlah bermatlamat untuk membina sebuah lagi adaptasi permainan video. Sebaliknya, Call of Duty akan menjadi sebuah filem yang bermakna tentang perperangan dan juga askar yang berkorban.
I think it’s more the idea, the concept to tell a story of a soldier. It’s something you haven’t seen a lot. There’ve been a lot of war movies but not soldier movies. I feel that a movie must be completely different as an experience from any video games. So meaning that in order to make a good movie based on a video game, you have to betray the structure. You must ignore the idea that they did a video game. You need to create something that is completely new and a great movie.
Permainan video Call of Duty sudah berkembang dengan pelbagai penceritaan. Bermula dengan latar zaman sejarah, francais permainan video itu kemudiannya bertukar kepada perang futuristik dan juga perkara yang luar jangkaan. Namun, sebagai sebuah francais permainan video yang bertemakan perperangan, mencari kisah yang baik dan watak yang sempurna ialah cabaran untuk adaptasi ini. 

Buat masa ini, tidak ada berita tentang siapakah yang akan menjadi pelakon utama kepada filem tersebut. Ada juga ura-ura menyatakan Tom Hardy bakal terlibat. Chris Pines juga dikatakan bakal berlakon filem tersebut. Namun, perkara ini tidak dapat disahkan dan hanya kekal sebagai sebuah spekulasi. 

Check out berita ini juga. Jangan lupa Subscribe Youtube kami tau!

Catat Ulasan

0 Ulasan