Adaptasi Bollywood Untuk Filem Korea 'Ode To My Father' Bakal Tayang Aidilfitri 2019


Jika hari raya tahun 2018 akan ditayangkan filem Race 3 lakonan Salman Khan, hari raya Aidilfitri tahun 2019 pula akan menyajikan sebuah lagi filem lakonan Salman Khan bertajuk 'Bharat'. Bharat ialah adaptasi rasmi daripada filem Korea 'Ode To My Father' yang diterbitkan pada tahun 2014. Filem Korea itu berjaya mengutip USD105 juta ketika tayangannya. 


Priyanka Chopra disahkan akan membintangi filem ini di samping Salman Khan. Selain itu, Disha Patani dan Tabu juga turut terlibat dalam filem berkenaan. Filem tersebut bakal diarahkan oleh Ali Abbas Zafar yang sebelum ini pernah mengarahkan filem seperti Tiger Zinda Hai dan Sultan. 

Plot filem 'Bharat' diubah suai dengan izin daripada filem asal. Dalam filem asal, watak utamanya mengalami pelbagai fasa dalam sejarah Korea. Dalam filem 'Bharat' pula, ianya diubah untuk menceritakan perjalanan sejarah India. Salman Khan akan memainkan watak utama yang akan melihat peredaran zaman dan perubahan sejarah India.

Filem ini diterbitkan oleh Salman Khan sendiri di bawah production housenya, Salman Khan Films. 

Catat Ulasan

0 Ulasan