Sinopsis 'Avengers 4' Didedahkan, Bakal Sajikan Kejutan Baru Buat Penonton


Sebuah majalah Licencing Magazine telah memberikan sinopsis pertama kepada filem keempat Avengers 4. Dalam sinopsis tersebut disebutkan tentang 'pengorbanan yang harus dilakukan' untuk menjaga realiti. Hal ini sekaligus memberikan penonton tanda tanya tentang nasib watak superhero kita dalam filem tersebut.


Infinity War berakhir dengan cliffhanger yang mana memaparkan kegilaan Thanos yang cuba untuk mengimbangkan alam. Dengan hanya petikan jari, Mad Titan telah berjaya menghapuskan separuh kehidupan di dunia. Walaupun tindakan mengakhiri Infinity War ini memberi kesan negatif kepada Marvel, Kevin Feige bersepakat bahawa Marvel akan meneruskan kesinambungan Infinity War seperti dirancang.

Berikut ialah sinopsis Avengers 4 dalam majalah Licencing Magazine. 
A culmination of 22 interconnected films, the fourth installment of the Avengers saga will draw audiences to witness the turning point of this epic journey. Our beloved heroes will truly understand how fragile this reality is and the sacrifices that must be made to uphold it.
Walaupun para peminat mengharapkan kejayaan superhero Avengers menumpaskanThanos, nampaknya akan ada lagi watak yang akan terkorban dalam filem keempat ini. Malah, sinopsis tersebut juga mempersoalkan tentang bagaimana realiti akan memberi kesan kepada dunia superhero Marvel di masa hadapan.

Siapakah yang akan mengorbankan dirinya untuk menumpaskan Thanos? Jawapannya dalam Avengers 4 kelak.

Catat Ulasan

0 Ulasan