Shah Rukh Khan Main Watak Jahat, Ranveer Singh Sebagai Polis Dalam 'Dhoom 4'



Dhoom pada 2004 mencetuskan perubahan baru dalam industri filem Bollywood. Pada ketika Hollywood memulakan genre street racing, Bollywood mengambil pendekatan yang sama dengan Dhoom. Filem Dhoom kini sudah mempunyai 3 filem. Filem Dhoom 3 menjadi antara filem dalam siri ini dengan kutipan tertinggi. 


Semestinya, para peminat menginginkan sekuel keempat filem tersebut. Dan ianya kini dalam proses untuk direalisasikan. Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Salman Khan dirisik untuk memegang watak antagonis filem berkenaan namun ianya ditolak kerana prinsip pelakon itu yang tidak suka memegang watak jahat dalam filem. 

Berdasarkan satu laporan daripada Times of India, Shah Rukh Khan berkemungkinan menggantikan pelakon Salman Khan untuk watak antagonis filem Dhoom 3. Malah, pelakon Ranveer Singh juga akan melakonkan watak Jai Dixit yang sebelum ini dilakonkan oleh Abhishek Bachchan dalam filem sebelum ini. Malah, watak Ali juga akan dilakonkan oleh pelakon lain yang masih belum berjumpa. 

Shah Rukh Khan akan memainkan watak mafia yang mana sebelum ini pernah dilakonkan dalam Don dan Don 2. Walaupun begitu, perkara ini masih belum disahkan. Buat masa ini, tiada khabar berita tentang sinopsis Dhoom 4 dan juga senarai penuh pelakon.

Catat Ulasan

0 Ulasan