Russo Brothers Beri Sebab Kenapa Kita Tak Dapat Tonton Thanos Rampas Power Stone Dalam 'Infinity War'

Filem Avengers: Infinity War memaparkan perjalanan Thanos merampas kesemua batu Infinity di segenap alam semesta. Plot filem ini yang pantas dan juga berfokus kepada Thanos memberikan ruang untuk kita melihat proses Thanos mendapatkan kesemua Batu Infinity dengan pelbagai cara. Dalam pada masa yang sama, kita melihat bagaimana Avengers cuba menghalang mereka.


Namun, para penonton mungkin tidak dapat melihat bagaimana Power Stone dirampas oleh Thanos dari Xandar yang mana mengingatkan kita kepada filem Guardians of the Galaxy. Walaupun di dalam filem Infinity War, kita tahu bahawa Xandar telah musnah dan Thanos berjaya mendapatkan Power Stone, kejadian di Xandar tidak pernah ditayangkan kepada penonton.

Pengarah Infinity War menjelaskan kenapa kejadian di Xandar tidak ditayangkan di dalam filem ini dalam satu perjumpaan bersama pelajar University of Iowa. 
Because we thought it’d be one too many. There’s so many stones he has to collect and you get into a trap and we thought -- we knew where it was in [Guardians of the Galaxy], so it was easy to deal with it off screen.
Walaupun babak kejadian di Xandar bukanlah babak yang penting dalam Infinity War, Kevin Feige pernah menyebut bahawa babak kemusnahan Xandar mungkin akan ditunjukkan dalam filem Marvel Cinematic Universe yang lain.

Nova is… if we have a big board with a bunch of characters that have more immediate potential, Nova is on that board, Because of the connection to the Guardians universe, because there are more than one examples to pull from in the comics that are interesting. And you’re absolutely right, he was in the earliest drafts of the [Guardians of the Galaxy]. 
Adakah babak kemusnahan Xandar bakal menjadi permulaan kepada kisah Guardians of the Galaxy 3? Mungkin juga. Namun, buat masa ini, kita semua tahu bahawa Xandar telah musnah dan Power Stone sudah menjadi milik Thanos. Infinity War kini sedang ditayangkan di pawagam. 

Catat Ulasan

0 Ulasan