TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Pengarah Jawab Tentang Adam Warlock Yang Tidak Muncul Dalam 'Infinity War'


Adam Warlock ialah satu watak yang dinantikan oleh peminat Infinity War. Banyak teori yang tampil mengenai kemunculannya. Malangnya, pengarah filem Infinity War mendedahkan bahawa mereka tidak pernah merancang untuk memasukkan watak Adam Warlock dalam filem Infinity War semenjak dari awal.


Perkara itu didedahkan dalam satu sesi soal jawab bersama pelajar Iowa City High School beberapa hari lepas.
That’s a James Gunn thing. We never intended to put Adam Warlock in Infinity War. We have so many heroes we have to service that you guys love and give them screen time, because you want to see the hero and villain have an emotional connection. You wouldn’t have a connection to [Warlock] because the artificial cosmic being doesn’t have a connection with Thanos and built-up story.
Adam Warlock diberi hint kemunculannya dalam filem Guardians of The Galaxy Vol 2. Dalam versi komik, Warlock ialah satu watak yang sangat berkuasa dan boleh menumpaskan Thanos dengan mudah. Dalam komik Infinity Gauntlet, Adam Warlock memainkan watak yang penting namun dalam versi filem, ianya tidak.

Di dalam filem, Doctor Strange ialah penting sekaligus menggantikan peranan Adam Warlock dalam versi komik. Penulis lakon layar bersama filem Infinity War mendedahkan bahawa dia dan rakan sekerjanya Stephen McFeely merancang untuk memasukkan watak itu namun gagal kerana watak yang sangat banyak. 

Ketika bercakap kepada ET, Adam Warlock perlu diperkenalkan dalam sebuah filem yang lebih sempurna. Dia tidak boleh terus masuk ke dalam dunia Avengers sebegitu sahaja. Adam Warlock mungkin akan muncul dalam filem Marvel Cinematic Universe akan datang. Dan pastinya, dia akan memegang kunci penting kepada kejayaan Marvel Cinematic Universe kelak.

Adakah Adam Warlock akan muncul dalam Guardians of the Galaxy Vol 3? Sama-sama kita nantikan.

Comments

Menarik!

Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem 'Mahathir: The Journey'

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Mallesham (2019)

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'