TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

James Gunn Dedahkan Tajuk Sekuel Ketiga Film 'Guardians of the Galaxy'

Marvel buat masa ini sedang bergembira dengan kejayaan filem Infinity War yang sudah mencecah angka yang agak memuaskan. Namun, ini tidak bermakna bahawa Marvel Studios perlu terus diam dan tidak memfokuskan kepada projek yang akan datang. Terbaru, James Gunn baru sahaja mendedahkan tajuk untuk filem Guardians of the Galaxy yang ketiga.


Di Twitter, James Gunn nampaknya sudah menjawab tekaan peminat tentang filem ketiga Guardians of the Galaxy. Tidaklah menjadi satu kejutan pun apabila para peminat sendiri sudah menjangkakan penggunaan tajuk Vol 3 sepertimana sebelum ini walaupun ada peminat yang mengharapkan tajuk yang berbeza.
Guardians of the Galaxy Vol 3 semestinya akan menjadi sesuatu yang berbeza apabila bagaimana sepasukan penyelamat galaksi ini akan bertarung selepas menerima nasib dalam Infinity War masih lagi menjadi persoalan. Para peminat juga menunggu sama ada watak yang dimatikan akan kembali dalam filem tersebut atau sebaliknya.

Masih jauh perjalanan Guardians of the Galaxy Vol 3 kerana James Gunn perlu menunggu beberapa filem Marvel yang lain sebelum membentuk kisah untuk filemnya. Apapun, kita harapkan yang terbaik untuk sekuel ketiga filem ini kelak.  

Comments

Menarik!

Telan Belanja RM20 Juta, 'Bakara' Pertaruh Kisah Benar Tragedi Black Hawk Down

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Filem 'Dolittle' Dijangka Bakal Gagal Teruk Di Pawagam

Reboot? Remake? Sekuel? Prekuel? Spin- Off? Cross-Over? Apa Tu?

Ulasan Filem: The Irishman (2020)

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]