TRENDING

Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Filem Adaptasi Komik 'Bloodshot' Lakonan Vin Diesel Dedah Tiga Lagi Pelakon


Sony nampaknya sedang sudah bersedia untuk memulakan penggambaran filem Bloodshot tidak lama lagi. Filem tersebut kini sudah diketahui akan dibintangi oleh pelakon Vin Diesel yang mana popular sebagai Groot dalam Guardians of the Galaxy.


Menurut Variety, pelakon Eiza Gonzalez (Baby Driver), Michael Sheen (Masters of Sex dan Sam Heughan (Outlander) akan menjadi antara pelakon yang bakal membintang filem berkenaan. Bloodshoot mengisahkan Ray Garrison, seorang super-soldier yang dicipta oleh organisasi sulit kerajaan yang dinamakan Project Rising Spirit.

Filem ini dilaporkan akan memulakan penggambaran musim panas ini. Vin Diesel juga sudah mengakui dia sudah bersedia untuk berlakon dalam filem berkenaan. 

Kekuatan watak Garison datangnya daripada nanites yang mana memasuki pembuluh darahnya dan memberikan pelbagai kekuatan termasuklah penyembuhan cepat. Latar belakang watak Bloodshot sebenarnya agak unik untuk diceritakan kerana misteri dirinya sebelum dia menjadi askar super.

Watak Bloodshot dicipta pada tahun 1992 oleh Kevin VanHook, Don Perlin dan Bob Layton. Kisahnya mirip kepada Wolverine yang berkisar tentang manusia yang terlibat dalam sebuah eksperimen. Namun, latar belakang Bloodshot dan kisah silamnya terlebih dahulu ditulis sebelum latar belakang Wolverine dikisahkan dalam komik.

Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: One Two Jaga (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Ulasan Filem: War (2019)

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)

Ulasan Filem: Marriage Story (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]