Seorang Watak Yang Mati Dalam 'Avengers 3' Disahkan Akan Kembali Dalam 'Avengers 4'


Pelakon yang memegang watak Gamora dalam filem Avengers 3 mungkin telah mendedahkan spoiler terbesar dalam Avengers 4 kelak. Watak Gamora yang mati dalam Avengers 3 dalam usaha untuk memenuhi cita-cita Thanos ini nampaknya tidak akan kekal lama dalam dunia Soul World. Dan semestinya ini berita gembira buat semua yang sudah menonton Avengers: Infinity War.



Di akhir filem Infinity War, hampir separuh daripada watak superhero hilang dan lenyap. Namun, kita tahu, dalam Avengers 4, tidak semua watak akan hilang buat selamanya. Beberapa watak yang lenyap sudah ada filem-filem solo mereka yang menanti, dan pastinya, mereka akan kembali untuk melakonkan watak mereka semula.

Dalam satu temubual bersama E! Live from the Red Carpet, Zoe Saldana dan Chris Pratt berbual mengenai pengalaman mereka di set penggambaran filem Avengers: Infinity War. Kemudian, mereka ditanya tentang perasaan mereka selepas filem ini habis. Zoe Saldana menyatakan yang mereka akan kembali lagi beraksi dalam filem seterusnya.
At least for me, it felt like a TBC, because I knew that we will have to all come back, at some point this fall, and finish up the second – the fourth installment of Avengers. So, it felt like ‘See you later,’ not like a formal goodbye.

Apa yang dibocorkan oleh Zoe Saldana ini kelihatan tidaklah besar. Ramai peminat sudah dapat mengagak tentang kembalinya watak Gamora dalam filem seterusnya. Namun, persoalan bagaimana Gamora akan kembali mungkin akan menjadi satu tanda tanya besar yang masih belum terjawab. Hanya Avengers 4 sahaja akan menjawab semua soalan ini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan