Pengarah 'Avengers: Infinity War' Jelaskan Keperluan Skrip Palsu Untuk Penggambaran


Infinity War akan menggabungkan pelbagai superhero dalam dunia Marvel Cinematic Universe dalam kisah Thanos yang cuba mengumpulkan kesemua Infinity Stones untuk mencetuskan huru hara. Sepanjang 10 tahun MCU, Marvel sentiasa menyembunyikan pelbagai plot filemnya sehingga ianya menjadi trademark bagi filem mereka.


Adalah tidak mustahil dan pelik apabila dapat kita ketahui bahawa Joe dan Anthony Russo juga mempunyai skrip palsu untuk pelakon filem Avengers: Infinity War untuk menyembunyikan plot asal yang semestinya sebuah rahsia besar bagi penonton dan juga pelakon.

Dalam sebuah temubual bersama Games Radar, pengarah filem Avengers: Infinity War, Joe dan Anthony Russo, Paul Bettany dan Elizabeth Olsen bercerita tentang kerahsiaan filem ini yang bermula semenjak dari awal produksi lagi.

Menurut Joe Russo:
We put a lot of effort into making sure nobody knows the true story of the film. All the actors were given fake scripts… very few people have seen the actual film itself.
Paul Bettany mengesahkan bahawa mereka juga pernah berlatih babak yang palsu. Elizabeth Olsen juga menyatakan mereka pernah berlatih dan membaca babak penamat Avengers: Infinity Waryang palsu. Mereka tidak tahu perkara sebenar sehinggalah pada hari penggambaran sebenarnya. Joe Russo menyatakan bahawa mereka tidak boleh mempercayai siapa-siapa terutamanya Tom Holland.
We can’t trust anybody – at least of all Tom Holland! – with the truth. It’s a burden to bear for them. It’s probably easier to have read a fake script and a fake ending because they don’t have the pressure of knowing what happens in the movie and then they have to hide it.
Pengarah filem Avengers: Infinity War menyatakan bahawa kerahsiaan ini semestinya dilakukan untuk menjaga spoiler dan membolehkan kesemua penonton menikmati filem ini dengan tenang. Pengarah filem ini juga mendedahkan bahawa ada perkara menarik dalam DVD nanti selepas filem ini ditayangkan di pawagam

Catat Ulasan

0 Ulasan