Durasi Filem 'Avengers: Infinity War' Dipotong 7 Minit Di Indonesia

Nampaknya, penonton filem Avengers: Infinity War di Indonesia tidak dapat menonton versi penuh filem tersebut pada hari tayangannya nanti. Hal ini kerana pihak Lembaga Sensor Filem (LSF) telah meluluskan tayangan filem tersebut dengan potongan 7 minit daripada durasi filem asal. Walaupun pemotongan itu pendek, pasti ianya sesuatu yang mendukacitakan.


Menurut Kompas.com, filem berkenaan yang berdurasi asal sepanjang 156 minit atau 2 jam 36 minit telah menjadi 149 minit sahaja untuk tayangan nanti. Di Indonesia, filem ini diklasifikasikan untuk tayangan 13 tahun kerana dikatakan mempunyai unsur ganas yang tidak sesuai dengan kanak-kanak.

Ketua LSF, Ahmad Yani Basuki menyatakan bahawa keputusan itu diambil oleh pasukannya yang menilai filem tersebut dengan mengambil kira usia tontonan yang ditetapkan.

Kalau untuk tontonan 13 tahun ke atas, penonton yang berusia seperti itu ada kecenderungan untuk meniru. Memang sesuatu itu harus ada batasan-batasannya. Jika penilaian (LSF) jelas, ia ada kaitannya dengan soal usia penonton. Maka harus dinilai setakat mana terdapat elemen keganasan, kelucahan, atau hal-hal lain (yang tidak bersesuaian)

Filem Avengers: Infinity War ialah sebuah filem yang dijangka bakal menjadi fenomena bagi peminat filem superhero. Jangkaan awal menunjukkan filem ini bakal mengutip kutipan untung yang agak tinggi dan bakal memecahkan rekod filem superhero sedia ada. 

Avengers: Infinity War bakal ditayangkan di Malaysia bermula 25 April 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan