TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Filem Tentang Mat Kilau Pernah Cuba Diterbitkan Dengan Kos RM10 Juta Pada 2009


Syamsul Yusof bakal tampil dengan filem aksi epik pertamanya yang bakal mengisahkan tentang perjuangan Mat Kilau. Ramai yang berbangga dengan kehadiran naskah ini kelak. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa filem tentang Mat Kilau pernah cuba dibikin semenjak tahun 2009 lagi. Sehingga sekarang, produksi yang dikatakan menelan belanja RM10 juta tidak ada hasilnya.


Filem Mat Kilau versi 2009 itu bakal diarahkan oleh Rodzee A Razak. Dikatakan penggambaran akan bermula pada awal April tahun tersebut dan berakhir pada September tahun yang sama. Shaharuddin Thamby dan Serina Redzuan antara yang bakal berlakon dalam filem tersebut.

Menurut artikel Mstar Online yang diterbitkan pada 19 Februari 2009, pengarah filem ini berkata:
Filem ini akan memaparkan lima peperangan besar yang melibatkan beratus-ratus pelakon, diadun dengan letupan-letupan "pyrotechnic", adegan aksi ngeri dan berpuluh koreografi persilatan serta akan menggunakan teknologi grafik tiga dimensi dan visual janaan komputer (CGI)
 Menurut Twitter filem Kita, filem ini hampir juga direalisasikan pada tahun 2015. Ianya diterbitkan oleh Studio Kembara namun prosesnya tergendala. Studio inilah yang akhirnya bekerjasama dengan Skop Production pada tahun 2018 untuk menyambung kembali naskah yang tergendala itu. 


Untuk filem Mat Kilau versi 2018,  Adi Putra bakal memegang watak Mat Kilau dan dibantu pelakon hebat seperti Fattah Amin dan juga Beto Khushairy. Sama-sama kita berharap filem ini tidak menerima nasib yang sama seperti filem yang dicanang pada tahun 2009.

Comments

  1. Nama best kalau beto silat ok. Klu lsin harap tak kaku atau jadi tomoi

    ReplyDelete

Post a Comment

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Drive (2019)

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

Ulasan Filem: Dendam Pontianak (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton