Raid, Kisah Pemungut Cukai Yang Membanteras Rasuah



Ajay Devgn kini kembali dengan trailer filem terbarunya bertajuk Raid. Kali ini, pelakon ini memegang watak sebagai pemungut cukai. Filem bertemakan drama sosial ini dahulunya sering dibintangi oleh pelakon Akshay Kumar. Dan kini, Ajay Devgn kelihatan mahu mengambil aura filem yang mengkritik sosial masyarakat India.

Raid berlatar masa tahun 1981 dimana mengisahkan seorang pemungut cukai di Lucknow, India. Pemungut cukai ini sentiasa menentang rasuah dan juga menyebabkan dirinya dipindahkan tempat kerja sehingga 49 kali. 


Raj Kumar Gupta bertindak sebagai pengarah filem. Selain Ajay Devgn, pelakon Ileana D'Cruz dan Saurabh Shukla juga membintangi filem ini. Filem ini dijangka tayang pada 16 Mac 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan