TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Fakta Yang Korang Perlu Tahu Pasal 'Black Panther' [WAJIB BACA]

Sempena tayangan Black Panther, kami himpunkan beberapa fakta berkenaan watak ini yang akan kami kemaskini dari semasa ke masa. Korang boleh klik tajuk untuk menuju ke post Facebook asal dan sertai perbincangan di ruang komen.



BLACK PANTHER, GELARAN UNTUK KING OF WAKANDA 

Black Panther bukanlah gelaran milik T'Challa sahaja. Ianya ialah gelaran untuk ketua puak Panther Clan ataupun dikenali juga sebagai King of Wakanda. Akibat meteor angkasa yang terhempas, Wakanda kini dipenuhi dengan sumber vibranium yang banyak. Disebabkan itulah, T'Chaka yakni ayah kepada T'Challa, pemerintah awal Wakanda memilih untuk menyisihkan Wakanda dari dunia luar lalu membangun dengan caranya tersendiri dengan vibranium yang ada. 

T'Challa berlatih bertahun lamanya untuk menjadi King of Wakanda selepas ayahnya dibunuh oleh Ulysses Klaw. Borang permohonan untuk menjadi King of Wakanda boleh didapati dengan admin dengan mendail satu dua tiga lepat lekuk.


BLACK PANTHER MENGAHWINI STORM

T'Challa dan Orono Monroe a.k.a Storm pernah bertemu beberapa kali dalam komik. Namun, semuanya berubah pada tahun 2006 apabila mereka 'dijodohkan' bersama. Perkahwinan mereka dihadiri oleh Captain America, Iron Man, dan ramai lagi. 

Perkahwinan mereka 'dibubarkan' oleh Marvel pada tahu 2012 selepas Marvel merancang untuk membuat filem Black Panther. Masalah hak cipta watak Storm akan menyukarkan kisah ini untuk diadaptasi. Lalu, Storm dijauhkan dari Black Panther selamanya.

Comments

Menarik!

Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem 'Mahathir: The Journey'

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Mallesham (2019)

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'