Tim Miller Bakal Bikin Filem Spin-off X-Men Berkaitan Kitty Pryde

Fox kelihatan masih lagi meneruskan perancangan mereka untuk membina filem spin-off X-Men. Dilaporkan bahawa filem Kitty Pryde bakal dibikin oleh pengarah Deadpool, Tim Miller. Umum mengetahui bahawa dunia sinematik filem X-Men sudah menghadapi pelbagai masalah dengan kontinuiti. Justeru, pelbagai spin-off, prekuels dan sekuel sudah dibikin untuk menutup kelemahan ini.


Hal ini dilaporkan oleh Collider yang mana buat masa ini belum ada kesahihan yang tepat. Sebelum ini juga, ada ura-ura menyatakan filem berkaitan watak Multiple Man juga akan menjadi sebahagian daripada projek Fox. 

Watak Kitty Pryde sudah muncul dalam pelbagai filem X-Men termasuklah filem The Last Stand dan Days of Future Past dan dilakonkan oleh Ellen Page. Tidak pasti lagi sama ada pelakon itu juga akan kembali dalam filem solo yang dirancang atau sebaiknya. Apapun, filem ini masih di peringkat awal perancangan dan semestinya akan berubah dari masa ke masa.

Catat Ulasan

0 Ulasan