5 Kesilapan Kontinuiti Dalam Filem Malaysia Yang Anda Tak Perasan [PART 1]



Kesilapan kontinuiti dalam filem semestinya tidak dapat dielakkan walaupun dalam filem besar. Dari Hollywood, ke Bollywood, kesilapan kontinuiti seringkali terjadi tanpa disedari. Tapi, kesilapan ini jarang disedari penonton yang menonton filem ini di dalam pawagam. Tetapi, jika menonton filem tersebut buat kali kedua, sudah pasti ianya akan lebih jelas dan nyata.


Kami bawakan 5 kesilapan kontinuiti dalam filem yang mana tidak disedari oleh penonton. Perlu anda ketahui yang kesilapan ini bukanlah menunjukkan filem tersebut buruk. Kesilapan ini lebih kepada trivia yang membuatkan para penonton lebih mahu untuk menonton filem tersebut.

1. Jiwa Taiko (2012)


Lepas bergaduh, penumbuk kanan Firman yang berada dekat leher Pinto. Tukar syot, penumbuk kiri pula yang berada dekat leher Pinto tiba tiba. Korang boleh tonton video di atas di saat ke 20. Klik sini untuk lebih banyak analisa filem ini. 



2. 8 Jam (2012)


Tangan di bahu Alang yang berada di bahu kiri berubah ke bahu kanan lepas tukar syot. Korang tonton di saat ke 24. Klik sini untuk lebih banyak analisa berkaitan filem ini.

3. Mael Lambong (2012)


Masa Mael keluar jumpa Rozie, dia di kawasan yang ada warung di tepi jalan. Masa Mael memecut lepas Maria tekan brek tangan, korang akan perasan Mael berada di satu simpang. Warung hilang tiba tiba. Korang boleh tonton di saat ke 36 video klip di atas. Hah, baca sini, analisa lebih detail.

4. Bunohan (2012)



Semasa Muski bawa Adil naik jambatan, enjin bot berada di kanan mereka dan hadapan bot di kiri. Tukar syot je, enjin bot berada di kiri dan hadapan bot di kanan mereka pula tiba tiba. Korang tonton di saat ke 23. Baca sini untuk lebih banyak ulasan kesilapan.

5. Hantu Air (2012)


Daun lalang atas meja hilang tiba tiba masa hantu tu nak tarik Hafiz. Korang boleh tonton dari saat ke 19. Klik link ni untuk baca lebih banyak berkaitan kesilapan dalam filem ni. 

Kalau korang nak tahu lebih banyak kesilapan konti dalam filem, jangan lupa lawati laman Goofspot. Banyak lagi kesilapan dalam filem yang dianalisa di sana. 

Catat Ulasan

0 Ulasan