Pengarah 'Alita: Battle Angel' Perjelas Tentang Mata Watak Utama Yang Realistik



Pengarah filem Alita: Battle Angel telah menjelaskan logik di sebalik filem aksi adaptasi mangga yang bakal ke pawagam tahun depan. Watak utama yang mempunyai mata yang sedikit besar itu kelihatan sangat realistik dan menjadikan ianya mirip seperti manga asal. Battle Angle mengisahkan bagaimana Alita cuba untuk mencari masa lampaunya.


Filem ini diterbitkan oleh James Cameron. Pada awalnya, pengarah Avatar itu mahu mengarahkan filem ini sendiri namun sibuk dengan perancangan sekuel filem Avatar. Lalu, filem ini diberikan kepada pengarah, Robert Rodriguez. Dan selepas trailer pertama dilancarkan, ramai yang berbual mengenai mata Alita lakonan Rosa Salazar yang besar.

Robert Rodriguez menjelaskan bahawa idea untuk memberikan mata sebegitu kepada Alita datang daripada James Cameron sendiri:
It was always Jim’s intention to create a photo-realistic version of the manga eyes that we’re so accustomed to seeing. We really wanted to honour that tradition and see that look standing next to any human character. To have the right person to emote behind it was really essential. Her origins are in the film and you understand why she looks that way. If the eyes are the windows to the soul, we have some pretty big windows. You can see a lot going on in there! When it gets to the emotional scenes it’s really uncanny and striking. And captivating!
Dalam temubual bersama Empire itu, pengarah itu juga bercerita tentang hubungannya dengan James Cameron dan bagaimana keputusan James Cameron untuk memberikan projek itu kepadanya selepas bertahun-tahun cuba untuk membangunkan kisah Alita untuk dirinya sendiri:
When Avatar becomes the biggest movie of all time, he told me that he’s going to spend the rest of his career making Avatars, so I said, ‘What happens to Battle Angel then?’ – because as a fan I was just interested! And he said, ‘I don’t think I’ll ever get to do that. Hey, if you can figure out the script, you can shoot it!’ So I took it home, spent all summer working on it, cut it down to 130, 125 pages, without cutting anything that he missed. It was a great gift. We had a blast; anytime I had a question I could just call him or email him and he would send back these hugely detailed answers that were so helpful. He just loves being the producer that he always wants.


Walaupun reaksi penonton trailer terhadap mata Alita itu kelihatan pelbagai, James Cameron dan Robert Rodriguez telah memilih untuk memaparkan Alita sebegitu rupa untuk memberikan penghormatan terhadap komik manga asal. Adalah amat menarik sekali untuk menyaksikan bagaimana filem ini bakal beraksi di pawagam pada tahun 2018 nanti. 


Catat Ulasan

0 Ulasan