TRENDING

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Sekuel Filem '47 Meters Down' Sudah Ada Tarikh Tayang

Sekuel kepada filem jerung indie, 47 Meters Down kini sudah mendapat tarikh tayangannya. Filem pertama dalam filem tersebut yang ditayangkan pada tahun 2017 nampaknya mengutip kutipan yang agak memberansangkan walaupun pandangan pengkritik tidaklah sebaik mana. 


47 Meters Down sebelum ini mempunyai fasa yang panjang sebelum ianya ditayangkan. Hak filem tersebut dibeli olej Dimension Films pada tahun 2014 dan diperam selama beberapa tahun. Dimension Films kemudiannya merancang untuk menerbitkan filem tersebut dalam bentuk video pada tahun 2016 dan tajuknya ditukar kepada In The Deep.

Namun, sebelum semuanya, sebuah pengedar kecil, Entertainment Studios membeli filem tersebut dan menukar filem tersebut kembali ke tajuk asal dan merancang untuk menayangkan filem itu di pawagam. 

Filem itu kemudiannya ditayangkan kepada umum bermula 16 Jun 2017. Filem tersebut menjadi sebuah filem box-office. Dengan hanya bajet berjumlah USD5.5 juta, filem ini berjaya mengutip USD53.9 juta sepanjang tayangan sekaligus membawa untung besar kepada studio yang terlibat. Hal ini sekaligus membawa kepada terbitnya sekuel filem tersebut yang diberi tajuk 48 Meters Down.

48 Meters Down bakal ditayangkan pada 28 Jun 2019. Pengarah filem pertama, Johannes Roberts kembali untuk mengarahkan filem tersebut dan juga menulis filem tersebut. 

Lokasi filem 48 Meters Down berpindah dari Mexico ke Brazil dan  akan berkisar tentang beberapa orang penyelam yang terdiri daripada lima orang perempuan. Ketika mereka mahu mencari keseronokan, mereka menemui sebuah runtuhan lama di dasar laut dan mahu menerokainya. Namun, perkara tidak diduga terjadi sehinggakan mereka terperangkap bersama dengan jerung yang ganas. 

Comments

Menarik!

Bayaran Terbesar Robert Downey Jr. Untuk Filem 'Avengers: Endgame' Didedahkan

RDJ Merupakan Satu-Satunya Avengers Yang Membaca Skrip Penuh 'Endgame'

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Pelakon Francais Filem 'Taxi', Dahulu dan Kini

Filem Sony Tahun 2022 Bakal Tayang Di Netflix Selepas Habis Tayangan Pawagam

Keanu Reeves Pernah 'Dipenjara' Hampir 11 Tahun Kerana Tolak Untuk Berlakon 'Speed 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Reboot Filem 'Power Rangers' Bakal Berlatarkan Era 90an

Ryan Reynolds Tak Nak Berlakon Bersama Scarlett Johansson Dalam MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]