'Gambit' Kini Sudah Temui Tarikh Tayang

20th Century Fox akhirnya memberikan tarikh tayang filem Gambit yang bakal dilakonkan oleh Channing Tatum. Filem tersebut dikhabarkan bakal ditayangkan pada hari Valentine 2019, ataupun lebih mudah, pada 14 Februari 2019.


Pelakon itu, yang sebelum ini memegang watak Tequila dalam Kingsman: The Golden Circle kini menyertai barisan pelakon yang memegang watak mutant dari siri superhero X-Men itu. Projek filem solo untuk watak Gambit menghadapi pelbagai masalah sejak dahulu lagi sehinggalah akhirnya projek itu kini berada di tangan pengarah Gore Verbinski.

Gambit akan menjadi filem kelima 'spin-off'' X-Men yang bakal menjengah pawagam. 

Catat Ulasan

0 Ulasan