Pelakon Twilight Bakal Terajui 'Reboot' Charlie's Angels

Pelakon yang menerajui filem Twilight, Kirsten Stewart dilaporkan sedang dipertimbangkan untuk membintangi siri detektif klasik yang terkenal, Charlie's Angels. Siri yang ditayangkan pada tahun 1976 ini mengisahkan 3 detektif yang masing masing membawa watak Sabrina Duncan (Kate Jackson), Kelly Garrett (Jacklyn Smith) dan Jill Munroe (Farah Fawcett), watak pengawal kepada detektif ini ialah Bosley (David Doyle). 


Manakala watak suara misteri iaitu ketua kepada kumpulan ini ialah Charlie (John Forsythe) yang hanya akan bercakap kepada ahli kumpulan melalui pembesar suara. 

Siri yang hangat ini sekaligus menaikkan nama dan karier kepada ketiga-tiga watak utama siri ini. Selepas ditayangkan selama 5 tahun, siri ini ditamatkan. Namun, 19 tahun kemudian, siri ini telah diadaptasikan kedalam cerita berbentuk filem yang dibintangi boleh Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu. 

Filem yang ditayangkan pada tahun 2000 ini telah membuat kutipan USD264 juta diseluruh dunia. Sekuel kepada filem ini iaitu Charlie's Angels: Full Throttle hanya berjaya membuat kutipan sebanyak USD259 juta. Sehingga kini siri ini tidak bersambung. 

Pelakon yang kini bergelar pengarah, Elizabeth Banks (Pitch Perfect 2) dilaporkan dalam perancangan untuk membuat sekuel cerita ini. 

Menurut Variety, Banks sedang mempertimbangkan Stewart untuk dijadikan salah seorang Angels. Selain daripada Stewart, filem yang dijangka akan ditayangkan pada musim panas 2019. Pengarah ini sedang cuba mempertimbangkan pelakon yang memenangi Oscar untuk filem 12 Years a Slave, Lupita Nyong'o untuk membintangi filem ini. 

Pemilihan Stewart untuk siri ini dianggap sebagai satu risiko kepada pihak produksi, namun, kejayaan filem Twilight memungkinkan risiko yang diambil adalah tidak besar mana. Jika benar, Banks memilih Kirsten Stewart, Banks masih boleh mengharap kepada sinaran Nyong'o untuk membawa sinaran kejayaan kepada siri ini. 

Begitu jugak dengan Angels yang ketiga yang masih belum diketahui siapa.

Catat Ulasan

0 Ulasan