Pengabdi Setan Bakal Ditayang Lewat Di Malaysia

Bagi yang pernah menonton filem Pengabdi Setan yang pernah dibikin pada tahun 1980, pasti memori menonton filem seram itu masih dingati sehingga hari ini. Namun, bagi menarik minat orang muda dan mencari kesegaran dalam filem yang ada, pengarah tersohor Indonesia, Joko Anwar memilih untuk membikin filem remake yang juga bertajuk yang sama.


Menariknya, filem ini dilakonkan oleh pelakon Bront Palarae dari Malaysia bersama dengan beberapa orang pelakon dari Indonesia. Ternyata, bakat pelakon Malaysia sudah mula diberi ruang ke dalam industri filem Indonesia yang semakin berkembang dengan pesat sekali. 


Di Indonesia, filem Pengabdi Setan ini bakal ditayangkan pada 28 September 2017. Penonton di Malaysia mungkin perlu menunggu sedikit masa sebelum filem ini dapat ditonton dengan cara yang sah di pawagam. 

Menurut Twitter FilemKita.com, filem Pengabdi Setan bakal ditayangkan pada 23 November 2017. Buat masa ini, dikhabarkan filem tersebut masih lagi belum diserahkan kepada pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia untuk ditapis. 

Admin berharap filem tersebut dapat ditayangkan dengan tanpa potongan supaya penonton dapat menghayati filem tersebut dengan baik. Lagipun, filem tersebut ialah sebuah naskah klasik yang diberi ciri moden yang harus dirasai oleh penonton generasi masa kini. 



Pengabdi Setan mengisahkan bagaimana satu keluarga terpaksa menghadapi serangan daripada hantu dalam rumah mereka setelah kematian si isteri/ibu. Pelbagai kejadian aneh berlaku sehinggalah akhirnya, dalang disebalik semua ini didedahkan. 

Sekali tonton trailer, ada rasa macam aura The Conjuring. Namun, diharap filem ini juga ada babak seram yang unik dan juga segar. Sementara menunggu menonton filem yang bakal ditayangkan kelak, jom layan beberapa video klip filem Pengabdi Setan tahun 1980 di bawah: 

Amacam? Kalau versi klasik pun memang dah power gila, apatah lagi versi baru yang mana menggunakan teknologi filem terkini. Sama-sama kita nantikan Pengabdi Setan di pawagam Malaysia tidak lama lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan