Pengarah filem Tarung: Unforgiven, Razaisyam Rashid mendedahkan bahawa bukan mudah untuk menghimpunkan kesemua pelakon A-list dalam filem ini. Menurutnya, yang ditemubual oleh team Suka Filem, pengarah yang sebelum ini hadir dengan filem Kapla: High Council mendedahkan bahawa persediaan yang cukup diperlukan supaya arahan dapat diberikan kepada pelakon pelakon.
Selain persediaan yang mencukupi, visi untuk memvisualkan sesuatu babak itu perlu jelas sebelum sesuatu babak itu dijayakan.
Tarung: Unforgiven turut menampilkan lakonan Bront Palarae dan Zul Ariffin selepas lama tidak bertemu dalam satu filem semenjak Bikerz Kental pada 2013. Filem ini turut menampilkan lakonan Amir Ahnaf, Amerul Aiman, Aedy Ashraf.
Bakal ditayangkan di pawagam mulai 7 Mei 2026.






0 Ulasan