Nazifdin Nasruddin Impikan Bikin Filem 'Malaikat Malam' Semenjak Zaman Kolej!

Nazifdin Nasruddin, pengarah filem Malaikat Malam mendedahkan bahawa impiannya untuk membikin filem bercorak permotoran ini lahir semenjak zaman kolej. Menceritakan tentang idea asal yang membawa kepada penghasilan filem Malaikat Malam, Nazifdin Nasruddin atau lebih mesra disapa Bujoq mendedahkan bahawa dia sentiasa mengimpikan bahawa filem pertama arahannya berkonsep permotoran.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan Malaikat Malam terhasil daripada perbincangan di kalangan warga penerbitan filem. Idea asal itu kemudian dikembangkan dan terhasillah Malaikat Malam yang bakal hadir di pawagam tak lama lagi.

Nazifdin Nasruddin sebelum ini lebih dikenali sebagai penulis lakonlayar kini pertamakali akan hadir dengan filem pertama arahannya. Di pawagam mulai 26 Mac 2026, Malaikat Malam menampilkan Syafiq Kyle dan Tracie Cinidol sebagai pelakon utama. Kodi Rasheed, Que Haidar Juzzthin dan beberapa lagi pelakon hebat turut terlibat.


Catat Ulasan

0 Ulasan