Ujibakat Lebih 700 Remaja Untuk Dapatkan Pelakon Sempurna 'Rangga & Cinta'

Mira Lesmina, penerbit filem Rangga & Cinta menyatakan bahawa untuk mendapatkan Rangga dan Cinta yang betul betul tepat, prosesnya begitu panjang. Menurutnya, audition yang agak ketat dilaksanakan dan lebih 700 remaja telah dinilai sebelum akhirnya watak Rangga dan Cinta jatuh ke tangan El Putra Sarira dan juga Leya Princy.

Rangga & Cinta menampilkan wajah wajah baru dalam sinema Indonesia yang tidak pernah terlibat dalam mana mana filem sebelum ini sekaligus memberikan rasa segar terhadap remake filem Ada Apa Dengan Cinta ini.

Untuk filem ini, Nicholas Saputra turut bertindak sebagai penerbit manakala filem ini diarahkan oleh Riri Reza.

Rangga & Cinta di pawagam mulai 6 November 2025. 




Catat Ulasan

0 Ulasan