'Syurga Dalam Botol', Filem Sabah Pertama Kaut Kutipan Lebih RM600 Ribu!

Filem Sabah arahan Ebi Kornelis berjaya memecah tembok kutipan filem tertinggi untuk filem negeri itu dengan kutipan terkini mencecah RM600 ribu. Kutipan ini menunjukkan bahawa Syurga Dalam Botol merupakan karya yang mempunyai jiwa walaupun ianya sebuah naskah kecil dari negeri Sabah. 

Ditayangkan bermula 9 Oktober 2025, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Ebi Kornelis, Dg. Hasnah, Keneth Torrecampo Oliver dan ramai lagi.

Syurga Dalam Botol berkisar tentang 'statless children' yakni kanak-kanak yang hidup tanpa kerakyatan yang menjadi isu di negeri tersebut. Filem ini memaparkan realiti tentang pergelutan diri dengan kehidupan dan juga pengorbanan yang tidak pernah dipaparkan dalam filem lain.

Syurga Dalam Botol kini di pawagam. 


Catat Ulasan

0 Ulasan