Ghaz Abu Bakar kembali dengan filem seram pertamanya, Qifarah. Dalam sidang media yang berlangsung di Balai Berita Bangsar pada 28 September 2025, pengarah yang pernah hadir dengan filem Polis Evo dan Hantu K4pcai ini mendedahkan bahawa inspirasi ilmu hitam yang digunakan dalam filem ini diinspirasikan dari filem filem seram luar.
Ghaz Abu Bakar mendedahkan bahawa rujukan utamanya ialah podcast dan beberapa filem dari Turki, Indonesia dan Korea. Namun, filem ini lebih berat ke arah ilmu hitam dari negara Thailand.
Qifarah merupakan sebuah filem seram pertama arahan Ghaz Abu Bakar. Filem ini mengisahkan tentang Yusoff (Remy Ishak) yang berhijrah ke Cairo bersama isterinya, Marissa (Rita Nadira) dan anak lelaki mereka, Mikhael (Rafique Iskandar). Selepas menerima panggilan dari bapanya yang memberitahu bahawa dirinya sedang nazak, Yusoff membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bersendirian.
Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Marissa dan Mikhael muncul di rumah Yusoff secara tiba tiba tanpa pengetahuannya. Keluarga mereka mula mengalami kejadian-kejadian aneh dan menakutkan di rumah tersebut. Yusoff mula mengesyaki bahawa mereka kini menjadi sasaran ilmu hitam.
Qifarah akan berada di pawagam mulai 9 Oktober 2025.





0 Ulasan