Stuntman 'J2: Retribusi' Ambil Alih 'Pendekar Awang: Darah Indera Gajah'

Teka teki siapakah pengarah yang menggantikan Areel Abu Bakar akhirnya terjawab apabila pengarah yang sebelum ini terlibat sebagai stuntman filem J2: Retribusi, Saiful Reza Shukor diberi mandat memegang takhta pengarah bagi filem sekuel kepada filem Mat Kilau. Turut bersama di kerusi pengarah ialah Shaharuddin Md Dali yang mengarahkan filem berkenaan.

Menurut laporan MyMetro, Saiful Reza Shukor diberi mandat untuk mengarahkan babak babak aksi dalam filem berkenaan manakala Shaharuddin Md Dali pula fokus pada penceritaan.

Pada malam tayangan perdana yang berlangsung pada 2 Januari juga, penerbit mendedahkan bahawa rakaman filem yang telah dilakukan pengarah Areel Abu Bakar ialah sebanyak 3 jam lebih namun hanya 30% sahaja babak rakamannya digunakan di dalam filem ini.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan sekuel kepada filem Mat Kilau yang turut menampilkan lakonan hebat Fattah Amin, Nur Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Nadhir Nasar, Nam Ron, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

Ianya akan berada di pawagam mulai 11 Januari 2023. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan