'Pendekar Awang: Darah Indera Gajah' Perlu Kutip RM45 Juta Untuk Untung!

Selepas tayangan perdana yang berlangsung pada 2 Januari 2024, peminat sudah tidak sabar untuk menonton filem sekuel kepada Mat Kilau yang akan ditayangkan di pawagam mulai 11 Januari 2024 nanti. Filem yang menampilkan Fattah Amin sebagai pelakon utama ini mendapat respon pelbagai selepas tayangan dan kutipan yang tinggi ketika tayangannya nanti adalah satu hasrat yang besar!

Menurut penulis skrip prolifik, Maizura Mohd Ideris melalui tulisannya di Facebook, Pendekar Awang perlu mengutip RM45 juta untuk pulang modal. 

Filem Pendekar Awang kena kutip RM45 juta untuk balik modal

Setakat ini, menurut sumber Malaysiakini, kos penerbitan dan juga promosi filem Pendekar Awang sudah pun mencecah RM15 juta. Adakah filem ini bakal mengutip kutipan yang memberansangkan atau sebaliknya, jawapannya hanya dapat diketahui apabila filem ini ditayangkan di pawagam 11 Januari 2024 nanti.

Selain Fattah Amin, filem ini turut menampilkan Nur Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Nadhir Nasar, Nam Ron, Amir Ahnaf dan ramai lagi. Ianya akan berada di pawagam mulai 11 Januari 2023.

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan