Studio Kembara Tak Banyak Guna Babak Dirakam Areel Abu Bakar Dalam 'Pendekar Awang'

Kemelut pengarah filem Pendekar Awang semenjak pertengahan tahun lalu menjadi antara sesuatu yang hangat diperkatakan. Kini, filem Pendekar Awang sudah pun siap dan bakal ditayangkan di pawagam mulai 11 Januari 2024. Namun, sehingga majlis tayangan trailer, Studio Kembara masih belum mengumumkan siapakah pengarah filem berkenaan.


Abd Rahman Md Dali, menurut laporan MyMetro mendedahkan bahawa kebanyakan babak yang dirakam oleh Areel Abu Bakar tidak digunakan dalam filem Pendekar Awang.

Memang kebanyakan penggambaran yang dah dibuat itu sangat panjang dan banyak. Tapi, kebanyakannya kita tak gunakan.

Areel Abu Bakar sebelum ini mendedahkan bahawa dia sudah menghabiskan 90% proses rakaman filem Pendekar Awang sebelum namanya digugurkan dari kerusi pengarah. 

Pada majlis tayangan trailer filem berkenaan yang berlangsung pada 12 Disember, penerbit filem berkenaan mendedahkan bahawa perbincangan dengan Areel Abu Bakar cuba dilakukan empat bulan dahulu tetapi belum dapat mencapai kata putus. 

Pendekar Awang bakal ditayangkan pada 11 Januari 2024 dan menampilkan Fattah Amin sebagai pelakon utama.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan