Pengarah 'Pendekar Awang: Darah Indera Gajah' Kekal Rahsia Sulit Sehinga...

Pada 12 Disember 2023, Studio Kembara telah melepaskan trailer berdurasi hampir 2 minit di Youtube rasmi mereka. Rata-rata memuji kerana terdapat perbezaan daripada kerja kamera, suntingan dan juga visual yang sebelum ini dibayangi gaya Syamsul Yusof. 

Bagi yang belum tahu, Areel Abu Bakar merupakan pengarah untuk filem ini namun digugurkan di pertengahan proses penggambaran. Sehingga semalam, pihak Studio Kembara tidak mendedahkan siapakah pengarah yang bakal diletakkan dalam kredit filem berkenaan.

Menurut laporan Mymetro, Abd Rahman Md Dali, pemilik kepada Studio Kembara menyatakan bahawa nama pengarah akan didedahkan pada tayangan perdana filem berkenaan kelak. 

Saya buat keputusan untuk tak umumkan lagi nama pengarah hari ini. Tapi, saya akan umumkan ketika pelancaran tayangan perdana...

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menelan belanja lebih RM10 juta dan merupakan filem spin-off watak Awang dari filem Mat Kilau. Fattah Amin, Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Amir Ahnaf antara pelakon yang membintangi filem berkenaan. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan