'Saya Paling Layak Tentukan Siapa Arah Filem Ni, Sebab Ianya Karya Saya' - Penerbit Prekuel 'Mat Kilau'

Bulan lepas, kecoh apabila pengarah sekuel Mat Kilau, Areel Abu Bakar diberhentikan peranannya sebagai pengarah selepas filem tersebut siap hampir 90%. Perkara itu menjadi bualan hangat penggemar filem yang tidak bersetuju dengan tindakan Studio Kembara yang melalukan langkah berkenaan walaupun apa sebabnya. 

Berdasarkan laporan BH Online, penerbit prekuel Mat Kilau dilakukan atas sebab tertentu dan bukan masalah peribadi. Penamatan itu berlaku pada hari ke 55 dan penerbit menafikan yang penggambaran sudah pun mencapai 90%.

Saya tidak boleh cakap berapa banyak babak arahan Areel akan digunakan selagi filem belum siap. Tunggu filem siap barulah tahu berapa peratus bahagian diarahkan akan keluar. Bukan 90 peratus hasil arahannya menjadi karya. Selama 55 hari mungkin bagi Areel sudah 90 peratus, tetapi selepas ditayangkan barulah semua akan tahu. Saya masih berkawan dengan Areel dan perlu faham industri seni ini subjektif. Disebabkan penulis asal cerita adalah saya, jadi saya merasakan khidmatnya sampai setakat itu sahaja dan tiada sebab peribadi. Saya paling layak menentukan siapa yang akan arahkan filem ini sebab ia adalah karya saya.

Menurut laporan sama, filem prekuel Mat Kilau kini sudah berada di fasa akhir. Tiada tarikh tayangan dan nama filem didedahkan setakat ini. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan