Pujian Tinggi Filem 'Pagari Bulan' Tetapi Kutipan Teruk - Pengarah

Raja Mukhriz Raja Ahmad meluahkan rasa kecewa apabila filem terbaru arahannya, Pagari Bulan tidak dapat mendapat sambutan yang memberansangkan dari segi kutipan walaupun mendapat ulasan positif dari penonton yang sudah pun menonton. 


Menurut laporan BH Online, daripada 10 orang yang menonton filem ini, semuanya meluahkan rasa tersentuh hati dengan karya berkisar tentang perempuan simpanan Jepun ini. 

Sebagai pengarah Pagari Bulan, tidak kisahlah salah siapa pun berkaitan 'marketing' (pemasaran) dan promosi. Sudah nasib kami. Mohon RT. Reda.

Pengarah yang pernah mengarahkan filem 7ujuh dan Ophilia ini mengakui bahawa pihak mereka tiada kepakaran dari aspek pengedaran dan promosi filem ini. Malah, dia mengakui bahawa kelemahan dari aspek pengedaran dan promosi antara punca perkara ini berlaku.

Filem Pagari Bulan diterbitkan dengan dana filem kenegaraan bernilai RM2.5 juta menampilkan lakonan Nazeera Sardi, Aniq Durar, Alvin Wong, Andy Teh dan ramai lagi. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan