Pengarah 'Pagari Bulan' Redha Babak Akhir Ditukar Demi Elak Polemik Politik

Filem Pagari Bulan ialah naskah terbaru yang bakal memaparkan perjuangan wanita pemuas hafsu Jepun di era penjajahannya. Bakal ditayangkan di pawagam mulai 5 Oktober 2023, filem ini berlatar belakangkan penjajahan Jepun yang bermula di Kelantan pada tahun 1941.



Menurut laporan BH Online, filem ini sebenarnya mempunyai pengakhiran yang berbeza namun terpaksa diubah kerana tidak melepasi tapisan LPF. 

Cuma ada satu potongan LPF. Perkara ini perlu saya ceritakan kerana membabitkan babak terakhir. Penamat filem ini bukanlah berakhir seperti yang ditonton kerana versi asalnya memaparkan babak Bulan menyertai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Babak itulah yang dipotong dan saya reda.Saya tidak berniat langsung hendak mempromosikan fahaman komunis. Cuma saya hendak beritahu, selepas Bulan serta MPAJA, barulah dia sedar komunis lagi teruk dan putuskan untuk keluar daripada gerakan itu. Tetapi tidak mengapa, saya gantikan babak itu dengan foto Bulan memegang senapang bersama anak sambil diiringi suara latar. Babak itu sudah cukup menggambarkan penamat sebenar cerita itu.Saya mahu meraikan filem ini dan tidak mahu menimbulkan masalah. Jadi, saya akur sahaja dengan keputusan LPF.

Menurut pengarahnya, Raja Mukriz, beberapa babak ngeri yang memaparkan kekejaman Jepun ketika itu berjaya lepas.  

Keputusan untuk mengubah ending filem berkenaan dibuat kerana ingin mengelakkan filem ini menjadi mangsa polemik politik. Sharifah Shahora, penerbit filem berkenaan menyatakan bahawa pilihan yang bijak sudah dilakukan demi memastikan filem ini menyimpang dari matlamat asal.

Pagari Bulan diterbitkan dengan kos sebanyak RM2.5 juta berkisarkan watak Bulan lakonan Nazeera Sardi. Filem ini turut dibintangi Aniq Durar, Alvin Wong, Andy Teh, Trisha Ooi, Michael Ang dan Laila Nasir. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan