Beto Khusyairi Nasihatkan Pelakon Muda Prekuel 'Mat Kilau' Terus Habiskan Penggambaran

Pelakon yang pernah membintangi Project High Council, Nadhir Nasar disahkan sebagai salah seorang bintang yang terlibat dalam filem prekuel Mat Kilau. Perkara itu didedahkan oleh Beto Khusyairi yang ditemubual oleh Rap dari Harian Metro. 


Beto Khusyairi yang mana pernah memegang peranan sebagai Wahid dalam filem pertama menasihatkan Nadhir Nasar untuk terus menghabiskan baki lakonan dan bersikap profesional.
Nadhir juga terlibat dalam filem itu dan saya beritahu padanya supaya habiskan kerja. Jangan tinggalkan rekod kerja tak habis. Selagi belum dibuang, selesaikan semua kerja.
Beto Khusyairi ditemubual ketika menghadiri sidang media Super Wira di Pavilion Bukit Jalil baru baru ini. Beliau turut kecewa dengan kemelut prekuel Mat Kilau yang tidak berkesudahan itu. 


Kemelut filem prekuel Mat Kilau hangat diperkatakan apabila pengarahnya, Areel Abu Bakar ditamatkan tugasnya selepas menyiapkan 90% filem berkenaan.


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan