Babak Tunjuk Jari Tengah Filem 'Fanna' Tidak Keterlaluan - Pengarah

Pengarah filem Fanna, Andy Liew menyatakan bahawa babak kontroversi yang memaparkan pelakon Fify Azmi menunjukkan jari tengah di dalam filem berkenaan adalah tidak keterluan. Malah, babak berkenaan sesuai dengan wataknya yang mana memaparkan keadaan seseorang dalam amarah.

Menurut laporan BH Online, penerbit akur apabila LPF memilih untuk menkaburkan babak berkenaan termasuk beberapa babak berbaur lucah dalam filem berkenaan. 

Bagi saya, itu adalah aksi semula jadi ketika seseorang marah. Bagaimanapun, apabila pihak berwajib mahu mahu babak itu dikaburkan, saya tiada hak (untuk membantah).Apa yang saya mahu tunjukkan kepada penonton adalah kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi filem ini memaparkan watak ahli kongsi gelap.

FIfy Azmi sedia menerima kritikan berhubung adegan berkenaan. Dia hanya menurut kehendak pengarah demi menjayakan watak Fanna.

Fanna sudah ditayangkan di pawagam.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan