Areel Abu Bakar Tak Benarkan 'Mat Kilau 2' Disiapkan Tanpa Air Tangannya!

Mat Kilau 2 mencetuskan kontroversi apabila pengarah filem itu, Areel Abu Bakar mendedahkan yang namanya digugurkan tanpa sebab ketika proses penggambaran sudah pun mencecah 90%. 



Susulan daripada itu, pengarah yang muncul dengan filem Walid pada 14 September 2023 ini memberitahu bahawa dia tak membenarkan karya Mat Kilau 2 ditayangkan atau disiapkan tanpa penglibatannya.

Kalau mereka masih nak gunakan karya saya, mereka kena berjawab dengan saya atau saya akan lakukan sesuatu. Kalau tidak, jangan guna terus dan kalau pandai, buat semuanya semula. Karya ini bukanlah satu perkara yang orang sesuka hati boleh cuit sana dan sini. Kemudian, kalau busuk nanti, nama kita juga akan tercalar.

Berdasarkan artikel Harian Metro, Areel menegaskan bahawa tiada perbincangan dari produksi dengan dirinya.  

Ketika perkara itu berlaku, saya sudah maklumkan kepada mereka bahawa saya tak filem saya ada nama orang lain (pengarah). Kalau mereka 'gentle', buang semua bahagian yang saya sudah buat, dan buat semula. Saya orang yang mudah. Tapi, mereka diam sampai sekarang dan saya tak dapat sebarang surat lagi. Bila saya tanya sebab dan alasan, mereka tak boleh beri jawapan pun.

Ada khabar angin menyatakan perkara itu terjadi kerana 'overbudget'. Namun, Areel menegaskan bahawa semua proses penggambaran dijalankan mengikut jadual dan disiapkan lebih awal dari perancangan.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan