Areel Abu Bakar Digugurkan Sebagai Pengarah 'Mat Kilau 2' Selepas 90% Siap!

Sekuel filem yang berjaya mengutip hampir RM100 juta ketika tayangannya, Mat Kilau pastinya ditunggu tunggu. Namun, kelihatan seperti sekuel Mat Kilau yang kini sedang dalam proses penggambaran mengalami kontroversi yang mengejutkan.


Menerusi laporan Harian Metro, pengarah filem berkenaan, Areel Abu Bakar mendedahkan bahawa pihak Studio Kembara sudah menamatkan tugasnya sebagai pengarah filem berkenaan. Paling sadis, kerja penggambaran sudah 90% siap!

Menurutnya, penggugurannya dari kerusi pengarah dilakukan tanpa penjelasan munasabah daripada produksi itu pada April lalu.

Kalau mereka masih nak gunakan karya saya, mereka kena berjawab dengan saya atau saya akan lakukan sesuatu. Kalau tidak, jangan guna terus dan kalau pandai, buat semuanya semula. Karya ini bukanlah satu perkara yang orang sesuka hati boleh cuit sana dan sini. Kemudian, kalau busuk nanti, nama kita juga akan tercalar.

Walaupun begitu, Areel Abu Bakar berbangga dengan kejayaan Walid yang sebelum ini berjaya ditayangkan di Amerika Syarikat. Filem Walid akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 14 September 2023. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan