Tak Lebih 10 Babak Bertudung, Bukan Niat 'Memondan' - Fizz Fairuz

Mat Tudung Begins, filem yang merupakan prekuel kepada filem Mat Tudung yang pernah popular menyatakan bahawa filem arahan pertamanya itu bukanlah filem yang memaparkan golongan lelaki yang menyerupai wanita. Sebaliknya, ianya hanyalah satu proses penyamaran yang bertepatan dengan jalan cerita yang disajikan.

Perkara ini dibangkitkan apabila menjawab teguran seorang penceramah yang menyatakan dirinya ketandusan idea sehingga menghasilkan filem yang bercanggah dengan hukum syarak.

Saya kena terima apa sahaja kritikan orang. Penceramah itu memberi pandangan daripada sudut agama, tapi saya bukan hari-hari ‘memondan’ dan pakai tudung. Di dalam cerita ini hanya beberapa babak saya bertudung, tak lebih 10 babak dan ia hanyalah sebuah penyamaran yang mempunyai unsur nasihat. Bergantung kepada niat. Jika niat saya mahu buat cerita ‘memondan’, begitulah jadinya. Kalau ia penyamaran, maka penyamaranlah jadinya.

Menurut laporan Utusan, Fizz Fairuz mahu mencari kelainan dalam filem kali ini. Mat Tudung akan ditayangkan di pawagam mulai 3 Ogos 2023.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan