'Mat Tudung Begins' Sasar Kutipan RM10 Juta! Itu Paling Sikit!

Datuk Fizz Fairuz, pengarah filem Mat Tudung Begins menyatakan bahawa air tangan pertamanya dapat mengutip kutipan RM10 juta ketika filem ini ditayangkan kelak, walaupun ianya agak tinggi, pengarah yang pertamakali mengarah itu menyatakan bahawa tidak salah untuk berangan mencapai kejayaan. 

Sewaktu filem Mat Tudung 2014, saya, Izzue Islam dan Nelydia Senrose belum terkenal pun lagi. Kami masih baru dalam industri. Media sosial pun tak serancak sekarang. Jadi, bila media sosial sudah menjadi semakin pesat, segalanya boleh dilakukan di hujung jari dan kemudian menjadi trend. Jadi, saya memang mengharapkan kuasa media sosial. Oleh itu, seiring perkembagan industri hiburan serta kuasa netizen, insyaAllah filem ini akan berhasil. Paling sedikit pun boleh cecah RM10 juta.

Menurut laporan Media Hiburan, Datuk Fizz Fairuz menyatakan bahawa dia membuat kajian tentang trend filem masa kini.

Untuk menghasil filem ini, saya ada buat sedikit research dan bertanya kepada orang ramai mengenai trend filem Malaysia masa kini. Apa sebenarnya yang mereka mahukan. Mungkin filem ini boleh berada di tangga kedua di belakang filem Mat Kilau. Mana kita tahu. Mungkin boleh sampai RM95 juta. Itu hanya target. Angan-angan tak perlu bayar. Apa yang saya buat, mesti kena ada target. Saya buat cerita ini untuk orang-orang yang perlukan hiburan. Orang ramai ketika ini sudah muak dengan politik dan hal ekonomi.

Filem ini dihasilkan dengan kos sebanyak RM1.2 juta. Ianya merupakan prekuel kepada filem Mat Tudung yang dihasilkan pada 2014.  

Mat Tudung Begins akan ditayangkan di pawagam mulai 3 Ogos 2023. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan