'Malbatt: Misi Bakara' Jadi Filem Malaysia Pertama Ditayangkan Dalam IMAX

Filem yang bakal memaparkan perjuangan anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang terlibat dalam tragedi Pasar Bakara, Mogadishu pada 1993 bakal ditayangkan di pawagam IMAX buat pertamakalinya. 

MALLBATT: Misi Bakara yang diarahkan leh Adrian Teh ini dibintangi oleh barisan pelakon ternama seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.

Berdasarkan trailer yang baru saja dilancarkan, logo IMAX jelas terpapar di hujung tayangan trailer berkenaan. 

Filem ini diterbitkan dengan bajet RM20 juta dan merupakan filem Malaysia yang termahal pernah dihasilkan. 

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 24 Ogos 2023 nanti. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan