Ulasan Filem: Run Baby Run (2023)

Run Baby Run merupakan sebuah filem thriller yang diarahkan dan ditulis oleh Jiyen Krishnakumar. Filem yang dibintangi oleh RJ Balaji dan Aishwarya Rajesh ini ialah sebuah filem yang mengungkap tentang kisah kematian seorang perempuan yang membawa kepada pembongkaran sebuah jenayah yang tidak disangka.



Sathya, seorang lelaki yang sudah bertunang menyedari keretanya ditumpangi seorang perempuan misteri ketika mengambil tunangnya selepas membeli barang kemas. Keadaan menjadi lebih parah apabila perempuan misteri ini meminta untuk masuk ke rumahnya untuk membuat panggilan telefon.

Tidak disangka-sangka, perempuan misteri ini ditemui mati di dalam tandas rumahnya. Demi menyelamatkan diri, Sathya cuba melupuskan mayat perempuan ini. Disebabkan dia ingin tahu siapakah perempuan isteri ini, Sathya cuba menyiasat dan menemui kebenaran yang mengejutkan.

Run Baby Run boleh distrim di Disney Plus Hotstar. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan